Thursday, May 20, 2010

RINDUU DOWW,

pejam celik pejam celik enam bulan dah kita intern. dan paling aku tak sangka skang da tengah tahun 2010. eh rasa macam baru semalam masuk ke 2010 hehh. pehh laju pulak rasa masa ni berlari. makin lama makin cepat masa berlari, makin cepat masuk final year, makin pening jugak laa kepala pikir fyp la bagai, and makin cepat jugak la aku terjah yu nam haircare angkara rambut gugur. huu. dan yang paling penting makin tua yaay! (sambil tangan wat ombak) =.='


dan dan daan, angkara daripada enam bulan ini jugak la, aku sedikit sebanyak rasa macam aku tak ada life ok. bole paham tak perasaan aku. haha. yaaa pity me. intern aku membosankan. bukan dari segi kerja, kerja tu aku rasa ok laa, maksud aku social life. ehm masa aku dekat ipoh hari tu social life aku masih lagi bole dibanggakan lagi wakaka, tp sejak dua menjak tiga menjak tuka selangor makin lame pulak idop aku. haha. loser la kao ni ipah. -.-'. ye lah mana tak nya kalau dah duduk umah pak sedare kurangla aktiviti soSIAL aku haha. dua bulan dekat HQ pehh macam robot jek. balik kerja tido bangun tido kerja balik. wiken je la bes siket sebab balik umah weeee :D

tp sekarang dah transfer pegi site office, kurang siket laa kerobotan aku. ada la pegi melaghaa sana sini siket dengan osmet a.k.a admin staff ofis aku. boring boring dapatla melampiaskan nafsu tengok wayang main boling hahaha. bole tahan kopak gak la. tapi stil rase cam lame jugak sebab kua berdua je. kalau kua ramai ramai mesti gamat sket. and mende mende camni laa buat aku RINDUUU dekat lu olsS rakanrakan utp ku yang macam ....... (fill in the blank) hee. siyes paling rindu nak gossip la wey teeheee. dan lepak moment kite dekat ameeth, kat canselor hall. pehh paling rindu tu ah nak gossip2 kat walkway canselor hall, torbaekk. tak ada makhluk lain kacau bole gelak gulingguling siap haha! i miss those days ok :( tak saba nak balik utp nak pung pang pung pang dengan korang hehe. rindu woo ayat ko abra pung pang pung pang haha. tp tak nak ah balik utp wat esaimen semua. haha. pelik laa cam mana aku bleh tak rindu kan kau wahai esaimen. haha nasib lu la esaimen. ;P ada jodoh kita bercinta (merepek kerepek ni tayah layan pon takpe)


oke oke penat la mencacai ni. haha orang lain semua tengah busy nak wat slide report bagai aku ada masa pulak nak merepek meraban kat sini, hihi. oke pasni sambung la bekerjaaaaaaa (kerja ke? kikiki). tu je la lifee aku haaa. oke dah buhboiii~!!

Friday, April 2, 2010

apriL FooL


Okai bulan april sudey.

Bila internship nak habis ni?!

Ada 14 minggu lagi nak khatam internship. URGH! :(

Tuesday, February 16, 2010

orang ipoh bajet up. Up ke?



Bila buka je blog ni sedih gila rasa, macam anak terbiar pon ada jugak blog ni. mungkin aku dan kawan-kawan busy habis ber-internship sampai blog terabai,heh. Dan sekarang aku rasa cam nak update la sikit blog ni.. untuk lepas geram aku. Ok bukan la nak lepas geram actually, cuma nak membebel sikit pasal ketidakpuashati-an aku terhadap seorang makcik ni. Aku rasa benda ni bukan isu besar pun tapi ke-slumber-an mulut makcik tu melunturkan kata-kata pedas tu telah menyirap kan darah ofismate aku rini dan aku sendiri.


Ok straight to the point je la, aku dengan si rini ni memang pakai baju kurung la satu hari tu, dan kitorang keluar ofis pon da lewat jugak la so habis kerja memang terus la keluar dinner semua, dah balik makan tu rasa cam nak usha-usha barang pulak jap kat gerbang malam. sedang la syok-syok mata kitorang melilau tgk sana sini, boleh plak ada satu suara sumbang pssst pssst kat kitorang. ok dia cakap camni "Gile ke Hape Pakai Baju Kurung Time Camni'. Fuhh! Ayat nak pedas je. nasib baik la bila kawan aku berpaling je bayang makcik tu dah tak ada, kalau tak simbah air liur sebaldi la kat muka dia malam tu jugak. (aku dah start panas dah) heh

Bengkek la jugak. Sepanjang dalam kereta duk menyumpah seranah gak la kat pompuan tu. Persoalannya di sini kau yang kononnya-bajet-macam-paris-hilton yang bermasalah ke kitorang yang bermasalah? Ni rasa nak kutuk orang ipoh bajet up ni. Haih. Mungkin pompuan tu kurang menerima pendedahan tentang pemakaian baju kurung yang bukan sekadar untuk pegi kenduri kahwin je ye atau untuk pegi kelas mengaji. Kalau aku ni bogel pegi sana takpela gak nak sound-sound aku. Hesh gile-gile minah tu.


Ape-ape Hal, Lu Pikir la Sendiri.



Takmo dah pegi gerbang malam,tsk. HAHA