Tuesday, February 16, 2010

orang ipoh bajet up. Up ke?



Bila buka je blog ni sedih gila rasa, macam anak terbiar pon ada jugak blog ni. mungkin aku dan kawan-kawan busy habis ber-internship sampai blog terabai,heh. Dan sekarang aku rasa cam nak update la sikit blog ni.. untuk lepas geram aku. Ok bukan la nak lepas geram actually, cuma nak membebel sikit pasal ketidakpuashati-an aku terhadap seorang makcik ni. Aku rasa benda ni bukan isu besar pun tapi ke-slumber-an mulut makcik tu melunturkan kata-kata pedas tu telah menyirap kan darah ofismate aku rini dan aku sendiri.


Ok straight to the point je la, aku dengan si rini ni memang pakai baju kurung la satu hari tu, dan kitorang keluar ofis pon da lewat jugak la so habis kerja memang terus la keluar dinner semua, dah balik makan tu rasa cam nak usha-usha barang pulak jap kat gerbang malam. sedang la syok-syok mata kitorang melilau tgk sana sini, boleh plak ada satu suara sumbang pssst pssst kat kitorang. ok dia cakap camni "Gile ke Hape Pakai Baju Kurung Time Camni'. Fuhh! Ayat nak pedas je. nasib baik la bila kawan aku berpaling je bayang makcik tu dah tak ada, kalau tak simbah air liur sebaldi la kat muka dia malam tu jugak. (aku dah start panas dah) heh

Bengkek la jugak. Sepanjang dalam kereta duk menyumpah seranah gak la kat pompuan tu. Persoalannya di sini kau yang kononnya-bajet-macam-paris-hilton yang bermasalah ke kitorang yang bermasalah? Ni rasa nak kutuk orang ipoh bajet up ni. Haih. Mungkin pompuan tu kurang menerima pendedahan tentang pemakaian baju kurung yang bukan sekadar untuk pegi kenduri kahwin je ye atau untuk pegi kelas mengaji. Kalau aku ni bogel pegi sana takpela gak nak sound-sound aku. Hesh gile-gile minah tu.


Ape-ape Hal, Lu Pikir la Sendiri.



Takmo dah pegi gerbang malam,tsk. HAHA

1 comment:

Kite Kan Kawan said...

pergh.. kalau kaw tau la ipah sape makcik thu.. ak gerenti ah.. sepanjang idop dye pastu.. memang menyeret badan jek la pegi jj or ip~ isk2..~ menyedihkan tol la prangai org2 perak ni... dr btu gaja ke ipo.. sape jek!hahahaa